Wilayah Auckland
Wilayah Auckland

Wilayah Auckland


Wilayah Auckland merupakan satu daripada enam belas wilayah di New Zealand, dinamakan sempena bandar Auckland, kawasan urban terbesar negara tersebut. Wilayah tersebut mengandungi area metropolitan, pekan kecil, perkampungan dan kepulauan di Teluk Hauraki. Dengan memiliki sepertiga daripada penduduk negara tersebut, wilayah ini mempunyai bilangan penduduk dan ekonomi yang paling besar berbanding mana-mana wilayah di New Zealand, tetapi mempunyai luas tanah kedua terkecil.Pada 1 November 2010, Wilayah Auckland memiliki kuasa pemerintahan kesatuan iaitu dikawal oleh Majlis Auckland, yang menggantikan majlis wilayah dan tujuh majlis tempatan sebelumnya. Dalam proses tersebut, kawasan di sudut tenggaranya dipindahkan ke Wilayah Waikato yang berjiranan. Nama "Wilayah Auckland" dikekalkan untuk tujuan harian.